Bercuti di Krabi sememangnya menjanjikan pengalaman indah buat sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. Destinasi pelancongan yang kaya dengan flora dan fauna itu pasti akan menggamit serta memukau pandangan pengunjung.
di sini kami senaraikan 9 Tips termasuk soalan-soalan lazim yang akan membantu melancarkan
Percutian anda ke Krabi.
#1. PENUKARAN WANG 💰
Anda sangat digalakkan untuk membuat penukaran wang di Malaysia terlebih dahulu sebelum ke sana. Walaupun di Malaysia kadarnya agak mahal, namun di Thailand sana kadarnya jauh lebih mahal. Banyak kali pernah berlaku di mana
1000 baht ditukar untuk RM 118 di Malaysia tetapi apabila ba di sana, 1000 baht berharga RM 125 (nota: harga mata
wang mungkin berubah dari semasa ke semasa)‼
#2. BAGAIMANA NAK WITHDRAW DUIT DI SANA ? 💰
Anda boleh menggunakan ATM di sana untuk withdraw duit anda. Tetapi, anda harus menghubungi bank anda di Malaysia terlebih dahulu sebelum pergi ke sana. Anda juga perlu memaklumkan tempoh masa anda akan berada di sana bagi
memudahkan segala urusan. Sedikit peringatan, setiap pengeluaran duit akan dicaj 200 baht.
#3. PENGANGKUTAN DARI HATYAI KE KRABI🚗🚎🚙
Dari Hatyai ke Krabi/AoNang, anda ada 2 pilihan. Pertama, naik van dengan bayaran 350 baht. Kedua, naik bas yang
mempunyai pelbagai harga termasuklah 162/170/214 baht. Macam biasa lah, bas henti-henti ni lambat sikit sebab driver
akan selalu berhenti untuk ambil dan turunkan penumpang. Masa perjalanan dianggarkan sekitar 4 jam setengah hingga ke 5 jam.
#4. PERGI KE AONANG DARI TERMINAL BAS KRABI 🚎
Anda boleh naik pickup dengan harga 60 baht seorang atau naik teksi dengan bayaran 300 baht. Jika nak naik teksi, digalakkan berunding dengan driver teksi untuk dapat harga murah. Yang bagusnya naik teksi ini adalah driver akan hantar terus depan tempat anda menginap. Tidak seperti pickup yang selalunya meningalkan anda di jalan besar sahaja.
#5. NAK MAKAN APA DEKAT SANA ?🤩
Bab makan, anda dak perlu risau. Di Krabi terdapat banyak kedai makan halal termasuklah daripada kedai makan murah hinggalah restoran mewah. Terpulang kepada selera anda untuk memilihnya. Paskan duit anda cukup untuk membayarnya jika dak mahu didenda basuh pinggan di kedai makan.
#6. PAKEJ-PAKEJ YANG MENARIK DI KRABI 🤩🇹🇭‼
Pakej memang sangat banyak. Pendek kata, semuanya bergantung kepada apa yang anda minat nak buat di sana:
Suka menikma suasana laut ?
🏝Pergilah Island Hopping ke pulau-pulau menarik dan nikmat pemandangan matahari terbenam.
🏊🏻♀Minat snorkelling ? Pergi menyelam di Hong Island atau Phi Phi Island.(Termasuk dalam Spring Ventures Pakej )‼
Anda pencinta haiwan ? Berkunjunglah ke Elephant Tracking.‼(Termasuk dlm Pakej)
Berani nak aksi ekstrem ? Ambil pakej ATV, kayak atau mount climbing.
Luangkan masa bersantai ? Pergi lah ke Emerald Pool dan Hot Spring. (Termasuk Dlm Pakej)‼
#7. ADA TAK PERKHIDMATAN SEWA MOTOR ?🛵
Di sana juga menawarkan perkhidmatan sewa motor bagi anda yang berminat untuk jalan-jalan ambil angin. Kebiasaannya kadar sewa adalah 200 baht untuk sehari. Untuk sewa motor ini anda dak perlukan lesen tetapi passport anda akan
dipegang sebagai jaminan. Helmet tak diwajibkan tetapi digalakkan untuk dipakai melainkan anda rasa kepala anda diperbuat daripada besi.
Selalunya, motor akan disewakan dengan kadar minyak yang ngam-ngam untuk sampai ke stesen minyak berdekatan.
Kalau anda kehabisan minyak, boleh dapatkannya di kedai-kedai runcit di tepi jalan dengan harga 40 baht sebotol.
#8. KESELAMATAN🗺
Soal keselamatan, di Krabi ini keselamatannya masih terjamin. Kes-kes seper seluk saku dan peras ugut pelancong jarang berlaku. Pendek kata, anda boleh bersiar-siar dengan rasa aman. Namun begitu, ada salahnya untuk senasa berwaspada
dan berhati-hati dengan orang di sekeliling anda.
#9. BAGAIMANA MENGGUNAKAN SERVIS TELCO DI SANA ? 📲📲
Simkad banyak dijual di kedai serbaneka 7-Eleven dan Family Mart di sana. Antara servis telco yang khusus untuk pelancong adalah daripada service provider dtac. Jika anda menghadapi masalah untuk mengakan simkad anda, boleh mintak tolong staff di kedai serbaneka tersebut untuk bantuan.
Kami harap Tips-Tips tersebut akan dapat membantu melancarkan lagi percuan anda di Krabi. Semoga percuan itu menjadi kenangan paling indah dalam hidup anda.
Comentarios